Tips Untuk Banyakkan Susu & Buat Stok

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat yang mulia. Penghulu segala hari. Pagi ini saya dikejutkan oleh suami bangun awal jam 5.20 pagi. Matlamatnya adalah untuk menyiapkan sarapan menu baru yang diminta oleh suami iaitu Roti Tottila a.k.a Twister. Sebelum masuk dapur, saya perah susu dulu. Dalam masa 15 minit, saya dapat 7.5 oz. Alhamdulillah, rezeki Nur Afiqah lagi. Bertambah stok susu.

Ini stok susu yang berjaya dikumpul sepanjang tempoh cuti bersalin selama 2 bulan. Jumlah lebih 250 oz dan dikumpulkan hanya dengan menggunakan teknik Marmet atau perah menggunakan tangan. Saya terpaksa memerah guna tangan sebab breastshield medela swing saya rosak, dan saya hanya menyedarinya ketika saya hendak mula mengepam di hari ke-3 selepas melahirkan anak ke-2, Nur Afiqah.

Mujurlah saya ada sikit-sikit pengetahuan tentang teknik Marmet ini yang dipelajari daripada Pn Hayatie Hashim (Kaunselor Laktasi) ketika kelas penyusuan ibu yang dianjurkan oleh The Momy and Baby Place dulu.

Syukur pada Allah s.w.t kerana memberikan rezeki buat anak saya. Ya, susu ibu yang mengalir dalam badan kita itu juga rezeki. Ia makanan dan minuman pertama anak-anak kita seawal jam pertama dilahirkan ke dunia. Maka, nikmati itulah yang harus disyukuri sentiasa.

Minggu lepas keluarga belah saya dan suami datang berziarah.

” Apa ni????”. Tanya makcik saya bila dia buka pintu peti ais.

” Susu anak dia lah..” Mak saya tolong jawab. :-) . Makcik terkejut. Tak pernah nampak barangkali. Macam dadih pun ada. :-)

Keesokan hari selepas keluarga belah saya balik, keluarga belah suami pula tiba.

Kakak ipar saya buka peti ais, sama macam mak cik saya tadi. Terkejut tengok stok susu saya. Kata kakak ipar saya, saya susu banyak.

Alhamdulillah ala kulli haal. Stok susu saya itu tidak lah sebanyak mana jika dibandingkan dengan ibu-ibu lain, yang susunya melimpah luah sampai terpaksa beli deep freezer untuk simpan stok, peti ais dah tak muat. Namun saya syukuri rezeki yang Allah kurniakan ini, stok susu yang ada lebih banyak daripada stok ketika anak pertama dulu.

Saya tak ingin mengulangi kesilapan ketika anak pertama.

Dulu:

- Saya lambat buat stok susu, saya mula memerah 2 minggu sebelum bekerja.

- Saya tidak memanfaatkan susu yang banyak dan melimpah ruah di minggu-minggu awal selepas melahirkan.

- Saya kurang ilmu bagaimana untuk buat stok, uruskan susu perahan dan sebagainya.

Istilah ‘Sentiasa ada stok’ ketika anak pertama hanyalah sampai usianya 6 bulan sahaja. Selepas itu, hasil perahan susu ibarat kais pagi makan pagi. Saya perah hari ini, untuk bekal anak ke pengasuh keesokan harinya. Tiada stok langsung di dalam peti ais.

Pernah, saya perah pagi, untuk bekal anak di rumah pengasuh untuk tengahari yang sama. Perah pagi, berkejar-kejar waktu lunch time balik rumah untuk hantar susu ke pengasuh.

Dan, bila saya mengandung anak ke-2 ketika usia Aqilah 10 bulan, stok susu saya zero. Produksi merudum teruk, ditambah lagi dengan alahan yang teruk selama 2 bulan lebih, akhirnya saya terpaksa akur, mengalah pada susu formula untuk anak saya. Ia satu pengalaman yang pahit, dan membuatkan saya sedih bila mengenangkannya. Mungkin tempoh Aqilah untuk menikmati susu ibu boleh dipanjangkan kalau saya mempunyai stok susu yang banyak, boleh digunakan ketika saya tidak sihat dan sebagainya. Ia satu pengajaran berharga.

Kini:

- Saya mula memerah seawal hari ke-3 selepas melahirkan. Susu yang dihasilkan pada hari-hari awal selepas kelahiran adalah kolostrum, berwarna kuning keemasan, lebih pekat dan ianya ibarat ‘emas’ yang sangat bagus untuk antibodi anak.

- Pegang konsep ‘empty the breast’ (kosongkan payudara). Iaitu dengan menyusukan secara terus (direct feeding) atau perah / pam bila anak tidur @ breast terasa penuh / berat secara konsisten.

- Susu yang berjaya diperah, diisi dalam botol / plastik penyimpanan (storage bottle / liner), dilabelkan tarikh perahan dan simpan dalam peti beku – tahan sehingga 3 bulan bagi peti ais 2 pintu.

- Percaya pada konsep ‘ supply & demand’ (bekalan dan permintaan). Lagi banyak / kerap permintaan, lagi banyak bekalan / produksi susu berlaku. Kerapkan penyusuan ketika bersama anak, jangan tertekan jika anak asyik ‘bergayut’ dan sentiasa nak menyusu setiap 1 jam, kerana ia sangat bagus untuk mengosongkan payudara & memberi signal pada otak untuk menghasilkan susu. Perah susu bila tidak bersama anak (bekerja) atau bila-bila masa yang dirasakan perlu.

- Guna milk collection shell supaya tidak berlaku pembaziran susu.

- Setiap hari minum kopi radix. :-) dan banyakkan minum air masak / kosong.

- Disiplin dalam mengepam. Saya mengepam paling kurang 4x sehari (bekerja) iaitu 7.30 pagi, 10.30 pagi, 1.00 petang dan malam.

Itu sahaja yang saya buat untuk banyakkan / maintain penghasilan susu. Saya tidak ambil apa-apa ubat / supplemen untuk banyakkan susu. Saya hanya lakukan perkara di atas, dan alhamdulillah, setiap kali sesi mengepam, hasil perahan antara 6-10 oz per sesi. Alhamdulillah.

Dua beradik – anak susu ibu.

Ibu-ibu, saya syorkan untuk bacaan lanjut & perkongsian pengalaman yang sangat mengujakan ini: RAHSIA STOK SUSU BANYAK

 

This entry was posted in Penyusuan Ibu. Bookmark the permalink.

18 Responses to Tips Untuk Banyakkan Susu & Buat Stok

  1. ummushifa' says:

    alhamdulillah..rezeki anak2, penuh peti sejuk..akak spt najibah slps dpt ammar..teringat peti sejuk penuh dgn botol susu dan bekas susu smpai mak mertua tegur susu akak banyak…azam nak wat yg terbaik dan mmg produksi amat cukup dari awal kelahiran hingga 6 bulan..namun, ada dugaan produksi kurang after bulan ke 8 dan seterusnya..amatla sedih namun syukur dan redha kerana anak menerima susu biolac sbg alternatif wp dgn sedikit perasaan sedih…rupanya Allah nak bagi rezeki lain..:)..teruskan berdoa mg2 ada rezeki anak-anak dan Allah lapangkan hati dan jiwa kita mudah2an..take care ya..

  2. maria says:

    Salam akak, saya jumpa blog ni masa google info bf. Nak tanya, saya ni tak berapa konfiden dengan petiais pengasuh yang macam dah usang/tak sejuk. Boleh tak kalau saya simpan stok ebm dalam cooler bag untuk kegunaan baby sepanjang sehari kat rumah pengasuh? maksudnya, bekal baby biar dalam cooler bag je, tak transfer ke freezer pengasuh?

  3. admin says:

    Wsalam Maria,

    Welcome to blog akak yg biasa2 je ni..:-)
    boleh2…sbb cooler bag yg berisi icepack tu blh tahan sejuk 8-12 jam. asalkan susu tu maintain sejuk.:-)

  4. maria says:

    Salam akak, thanks 4 the reply. Akak, saya ni baru minggu ni hantar anak sulung 3 bulan ke umah pengasuh. Dia reject botol. Sebelum ni train dia minum botol 3 minggu pun tak jadi. Org kata dengan pengasuh baby lebih tolerate nak botol.
    Saya banyak baca info kat susuibu.com, semua kata tukar2 puting, then baby boleh adapt dalam seminggu dua. Semua jenis puting dah beli bagi pengasuh guna. still refuse nak minum. Anak2 akak ada problem mcm ni? Any suggestion? BTW, maaf banyak2 keluar tajuk. :-)

  5. admin says:

    Maria,
    Pasal train baby guna botol ni, akak cerita based on experience akak la ye, bukan pendapat pakar..hehehe..so far akak ada 2 pglmn:

    anak 1st, mula2 bg botol – puting brand biasa (akak tak ingat brand ape, puting yg murah2 tu..hehe),dia mmg reject masa hari pertama. so akak xpaksa dia minum, akak tukar puting lain, brand MAM, sebab akak trtarik dgn tagline kat kotak MAM tu, “easy way to swith from MUM to MAM”..hehe..alhamdulillah anak akak ok pastu.

    anak 2nd, takde masalah langsung, pasrah je bila akak bg minum ikut botol..tak cerewet sgt. mula2 akak guna avent. tp bila dpt trace yg avent tu bukan bpa free, akak tukar pureen. so far dia OK.

    cuma tips yg akak blh share utk train anak guna botol ni:

    1. ikut jadual, akak refer majalah pa & ma, hari 1-3 training, bg susu perahan dlm botol 1x je waktu pagi, pastu hari 4-6 bagi 2x, then up lagi 3x utk hari 7-9 dan begitulah seterusnya.

    2. kalo bby refuse,jgn paksa, tenangkan dia dulu..jgn terus offer breast

    3. bg botol time bby betul2 lapar / lalok baru bgn tido..:-)
    4. org lain yg bg kan susu tu, kalo ibu, sbb ada bau ibu, maybe anak yg cerewet terus reject botol..
    5. tukar puting..ya, ni penting gak bg akak sbb puting yg mirip nipple ibu lebih senang diterima baby…macam MAM..

    6. kena sabar. :-)
    7. lalukan puting kat air suam b4 bg baby minum
    since maria dah keje, maria blh mintak pengasuh utk lakukan perkara di atas. insyaallah perlukan sedikit masa & kesabaran, insyaallah boleh. if pngasuh susah utk bg kerjasama, maria blh lakukan training ni kat rumah, waktu mlm ke..mintak hubby tlg bgkan botol kat bby

    if maria nak further clarification, blh je call akak..:-) 0193367384

  6. zarina says:

    salam..

    Salah satu tips ialah minum Kopi Radix!! tak sangka ia juga merupakan tips :) hehe

  7. admin says:

    Ina: Hehe..atas orang jugak, sesuai tak sesuai. macam akak minum kopi radix selain bg tenaga, mmg boleh banyakkan susu..tapi ada sesetengah org tak boleh, sebab bila minum anak jadi naik ruam…:-)

  8. maria says:

    thanks akak, bagi byk tips. tengah minta pengasuh praktik. memang tukar2 puting pun, latest MAM & NUK. Hari ni saya bagi pigeon perilstatic. Papepun, syukur dah banyak improve banding last week. Dia dah tak nangis bila suap puting walaupun tak pandai sangat hisap.

    BTW, akak, nak tanya lagi
    1) kalo EBM fresh yg sejuk (bhgn bwh) tu kita keluarkan dari peti tahan 4 jam kan? kalo sebelum 4 jam kita masukkan semula dlm peti, xde masalah kan?
    2) kalo kita bagi EBM fresh yg sejuk tu kat pengasuh, then tak habis minum. Takde masalahkan kalo baki tu kita frozenkan?
    3) ada terbaca sebaiknya campur hasil perahan yg within 24 jam je. mudarat tak utk baby kalo kita campur hasil perahan hari berlainan tapi pada suhu yg sama?

    sory la akak, saya ni banyak tanya. Nak minta add email/YM akak kalo sudi. hehehe.

  9. admin says:

    Maria,
    Alhamdulillah, seronok akak dengar ada perubahan positif pada baby. Insyaallah, lama-lama dia akan biasa dgn botol. ye lah, yg paling best puting ibunya. :-) , so take time utk baby terima botol. ada baby yg tak cerewet dia terima je..
    ok, utk soalan maria, akak jawab ikut apa yg akak tahu n faham ye:

    1. 4 jam tu apply utk susu fresh (baru perah), boleh tahan pada suhu bilik 4 jam. tapi kalau dah masuk peti bahagian bawah, and keluarkan, tak boleh lama sebab suhu dia akan berubah.

    2. Ya boleh.

    3. Tak pasti mudarat ke tidak, tapi tidak digalakkan sebab komposisi (eh betul ke ayat ni,..) dah jadi lain..kiranya khasiat susu tu dah kurang.

    maria, blh add ym akak an_nuwairah03

    atau cari akak kat fb najibah mustaffa..hehehe, akak tak reti nak menjawab ikut gaya penulisan ilmiah..hihih..kalo sembang2 mungkin lg senang nak explain..

  10. ina says:

    Assalamualaikum wbt…
    Saya baru bersalin ari yg ke 20. Sepanjang menyusukan baby, saya tidak pernah terasa breast penuh,ataupun air susu memancut pada sebelah breast lagi. Apabila dipam, hanya 1oz sahaja berjaya diperolehi utk kedua-dua breast. Adakah susu saya cukup utk baby?

  11. maria says:

    Thanks akak, for sharing. Dah add kt fb & ym. Baca & faham2 sndiri xsama ngan bertanya & berguru. Heheh.

    Nak respon utk komen ina kat atas. Saya pun tak pernah rasa breast penuh & susu kluar dr breast satu lagi sampaiiiii la baby nak masuk 2 bulan. Sampai mak mertua nak suap baby dgn tepung kanji takut tak kenyang. Masa nak timbang je berdebar2. Alhamdulillah so far (3bln) berat naik normal, makin tembam. Saya assume kalo berat baby naik normal, cukup susu la tu. Betul ke akak tuan rumah?

    Start pam masa baby 2 bln stgh, sehari dpat paling byk 1oz. Dpt 2oz kalo buat power pumping….dpt 1-2oz kalo pam sambil baby nyusu. Bila baca experience org lain, ada gak yg mcm kita..tp teruskan bf & pam..lama2 ok. Badan baru nak adjust ngan pumping. Saya skrg baby dah 3 bln stgh, baru bole dpt 2-4oz setiap sesi. Sehari bole la dpt 10oz. Sket kan banding org lain? Tak putus2 doa mudah2an Allah mudahkan jln utk bagi susu badan kat anak smpai 2 thn.

    Saya faham apa yg ina rasa. Takpe, usaha lif kejayaan. Ikhtiar apa yg termampu. Jgn lupa doa & tawakal..semua ni pesanan utk diri sndiri. Betol tak tuan rumah? hehhe.

  12. ina says:

    Terima kasih di atas respon yg diberikan oleh maria. Saya juga berharap moga dipermudahkan perjalanan penyusuan anak saya ini. Mungkin tuan rumah ada cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah ini, contohnya memperbanyakkan susu perahan untuk dibuat stok. Tqvm.

  13. admin says:

    Maria: Thanks tolong respons pasal persoalan maria..sharing is caring!! betul sgt apa yg maria share tu..yg penting ibu kena kuat smgt! :-) akak dah approve friend kat fb & YM..blh la sembang lanjut ye..:-)..

    Ina: Akak agree dengan perkongsian maria tu…ttg persoalan ina, adakah susu cukup utk baby? ya!!! insyaallah, fikiran ibu harus sentiasa positif bahawa susunya sentiasa cukup utk anaknya. bermula dari situlah, ibu akan dpt semangat utk lakukan apa sahaja agar susunya sentiasa maintain..

    ttg susu memancut tu, namanya let down reflex..tp tak semua ibu mengalaminya, mmg ada ibu yg macam situasi ina. masa dlm pantang, apa yg penting adalah pnyusuan secara terus (direct feeding), baby adalah pam terbaik. so jika ina direct feeding & baby mendapat cukup susu (boleh lihat pada lampin – buang air kecil & besar OK), jangan bimbang, susu ina cukup utk anak.

    ttg buat stok pula, jgn putus asa even pam dapat 1 oz sahaja. mmg tak byk dpt disimpan ketika kita bersama dgn baby (baby akan menyusu kerap). teruskan mengepam lama2 akan improve hasilnya, dan akak syorkan ina stimulate dulu sebelum pam..ini boleh menggalakkan let down reflex.

    antara tips yg akak blh share:

    1. pam setiap kali selepas baby nyusu. ini pnting utk kosongkan breast -bila breast kosong, akan bg signal pada otak utk hasilkan susu. konsep more demand,more supply. jgn sdih wpun dpt 1 oz je, lama2 akan improve.

    2. hasil perahan simpan buat stok.

    3. pam pada waktu malam. masa ni hormon yg hasilkan susu sgt tinggi, area 2-3 pagi. time tu baby tidur, so gunakan peluang utk pam susu n simpan buat stok…jadikan kelaziman.

    4. jaga pemakanan, minum air secukupnya, makan makanan berkhasiat…

    5. pastikan perkara2 basic dlm pnyusuan berlaku dgn betul: baby melekap dgn betul ketika menyusu, menyusu setiap 2-3 jam sekali..

    insyaallah ina, think positive ye dik…:-). if perlukan further clarification, blh call akak..maklumla, melalui penulisan ni kadan2 susah utk explain detail..:-)

  14. tanti says:

    salam, kak, mintak kebenaran nak quote akak dan link ke page akak…sharing is caring kan? :)

  15. siti says:

    salam…kak saya rasa susu saya tak bertambah2…masih sama saja…5 oz jer setiap perahan…anak saya dah masuk 6 bulan..

    • admin says:

      wsalam siti. banyak tu 5 oz per sesi perahan..:-). so far stok susu cukup untuk anak? Jika cukup, jangan risau. teruskan pam dan buat stok seperti biasa. yang penting dalam penyusuan ibu adalah berapa banyak yang anak kita dapat, bukan berapa banyak yang berjaya diperah..:-) tahniah dik, teruskan penyusuan ye..:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>